
SIRAH RASULULLAH S.A.W. 1
Keturunan Rasulullah

Ister-isteri Rasulullah

Putera-puteri Rasulullah

Tahun, Bulan dan Tarikh Kelahiran
Hampir semua ahli hadis dan sejarawan sepakat bahawa Nabi dilahirkan dalam bulan Rabiul Awal walaupun berbeza pendapat tentang tarikhnya. Ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sepakat bahawa baginda lahir pada hari Isnin, 12 haribulan Rabiul Awal.
Hari ketujuh telah tiba. Seekor kambing di sembelih oleh Abdul Mutalib sebagai tanda syukur kepada Allah. Sejumlah orang di jemput untuk menghadirinya. Di hari perayaan yang besar itu, ia dihadiri oleh kebanyakan kaum Quraisy. Abdul Mutalib menamakannya cucunya “Muhammad” Ketika ditanya mengapa beliau menamakan Muhammad padahal nama itu jarang dipakai orang Arab, beliau menjawab, “Saya berharap dia terpuji di syurga mahupun di bumi.”
Dalam kaitan ini, Hasan bin Thabit berkata, “Sang Khalid mengambil nama RasulNya dari namaNya sendiri iaitu Mahmud (terpuji). Sementara Allah adalah Mahmud (terpuji) manakala Nabinya Muhammad (patut dipuji). Kedua-dua dari kata asal yang sama dan mengandungi makna yang sama pula.”
Pastilah ilham suci memainkan peranan dalam pemilihan nama ini kerana walaupun nama “Muhammad” dikenali di kalangan orang Arab, namun hanya segelintir oranghingga waktu itu yang di beri nama yang sama. Menurut bancian yang pasti dikumpulkan oleh para sejarawan, hanya enam belas orang yang di beri nama ini sebelum Nabi Muhammad s.a.w.
Hampir tidak perlu di katakan; semakin sedikit suatu kata yang di gunakan, semakin kecil pula peluang salah faham tentang kata ini. Kerana kitab-kitab suci telah meramalkan kedatangan Islam berikut nama dan tanda-tanda rohaniah dan jasmaniah khusus dari Nabi. Penting bahawa nama-nama itu mesti dipakai oleh sedikit orang sehingga tidak ada keraguan atas identitinya, khusus apabila sifat dan tanda- tandanya dicantumkan. Dengan ini orang yang kemunculannya telah diramalkan oleh Taurat dan Injil ini dapat di kenali dengan mudah. Al-Quranul Karim menyebut dua nama baginda. Dalam surah Ali Imran ayat (138), Muhammad ayat (2), al-Fath ayat (29) dan al-Ahzab ayat (4), baginda disebut Muhammad, sedang di dalam surah as-Shaf ayat (6), baginda di sebut Ahmad.Perbezaan ini, sebagaimana di catat sejarah, kerana ibunda Nabi sudah menamainya Ahmad sebelum datuknya menamainya Muhammad.
Nabi di susui oleh ibunya hanya selama 3 hari. Selepas itu dua wanita lain mendapat penghormatan menjadi ibu susunya iaitu:
2. Halimah : puteri Abi Zawaib dari suku Sa’ad bin Hawazan. Dia mempunyai tiga orang anak: Abdullah, Anisah dan Syima’. Syima’ juga turut mengasuh Nabi.
Empat bulan selepas kelahiran Nabi, ibu-ibu penyusu dari bani Sa’ad datang mengunjungi Makkah. Tahun itu mereka sedang mengalami kemarau yang teruk sehingga sangat memerlukan pertolongan keluarga-keluarga bangsawan.
Bayi Quraisy yang baru lahir itu tidak mahu menghisap buah dada wanita penyusu mana pun. Kebetulan Halimah datang dan anak itupun menyusu kepadanya. Abdul Mutalib bertanya kepada Halimah, “Engkau dari suku mana?” Jawabnya “ Dari suku bani Sa’ad” . Lalu Abdul Mutalib bertanyakan namanya. Abdul Mutalib sangat gembira mengetahui nama dan sukunya lalu berkata, “ Bagus… bagus.” Dua kebiasaan yang baik dan dua sifat yang mulia. Yang satu kebahagiaan dan kemakmuran, manakala yang lainnya kelembutan dan kesabaran.
Sejarah meriwayatkan bahawa kehidupan Nabi penuh peristiwa ganjil, sejak masa awal kanak-kanak hingga kerasulanya. Semua mengandungi aspek kebesarannya. Keseluruhan menunjukkan bahawa kehidupan Nabi tidaklah biasa.Kini kita tampilkan dua kejadian dari sejarah hidup Nabi yang ganjil dan ajaib. Apabila kisah ini di hayati maka ini adalah untuk menyakinkan kita tentang kebesaran dan kemuliaan Nabi s.a.w.
1). Halimah berkata, “ ketika memikul tanggungjawab membesarkan bayi Aminah, saya memutuskan untuk menyusui bayi itu di situ juga di hadapan ibunya. Saya memasukkan puting payudara kiri yang berisi susu ke mulutnya, tetapi si bayi lebih suka payudara sebelah kanan. Padahal payudara kanan itu tidak ada susunya sejak kelahiran anak saya yang pertama. Kerana desakan si bayi, saya menyusuinya dengan selelah kanan yang kosong itu dan sebaik dia menghisap, payudara yang kering itupun penuh berisi susu. Kejadian itu membuat semua yang hadir kehairanan.”
Berdasarkan ini, tidak seharusnya kita ragu akan kebenaran mukjizat Nabi, apalagi menganggapnya mustahil.
Nabi tinggal selama lima tahun bersama suku Bani Sa’ad dan membesar dengan sihat. Sepanjang tempoh tersebut lebih kurang dua atau tiga kali Halimah membawanya menemui ibunya.
Terdapat ayat lain yang menunjukkan dengan jelas tanda-tanda Nabi Muhammad di dalam kitab-kitab suci, dan orang-orang terdahulu mengetahui hal itu(Lihat Surah al-A’raf: 157).
-Wallahualam.
No comments:
Post a Comment