Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts
Wednesday, 23 July 2014
Tuesday, 22 July 2014
Maksud Istidraj
Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Tuesday, 12 February 2013
SIRAH RASULULLAH S.A.W. - Bhg. 2
Dari pengembala kepada pedagang
Dalam sejarah dan riwayat para Nabi, kita menemui perkara-perkara yang amat sukar difahami. Kita mengetahui bahawa Nabi Nuh yang berdakwah selama 950 tahun, hanya berjaya menarik 81 orang menjadi pengikutnya. Dengan hitung kasar, baginda hanya berjaya menarik hanya satu orang dalam setiap 12 tahun.
Keadaan kewangan anak saudaranya yang tidak menentu, mendorong Abu Talib yang juga salah seorang tokoh Mekah, bangsawan Quraisy, serta terkenal dengan sifat dermawan, berani, dan murah hati, mencarikan peluang pekerjaan untuk Nabi. Dia berkata kepada anak saudaranya, “ Khadijah puteri Khuwailid termasuk orang kaya di kalangan Quraisy. Kegiatan perdagangannya sampai ke Mesir danEthiopia , dia sedang mencari orang yang jujur untuk mengurus perdagangannya dan membawa barang dagangannya dalam kabilah Quraisy untuk dijual di Syria . Wahai Muhammad! Alangkah bagusnya jika engkau memohon pekerjaan kepadanya.”
Satu kabilah Quraisy termasuk barang dagangan Khadijah bersedia untuk bertolak. Khadijah menyerahkan seekor unta yang cergas, sejumlah barang yang mahal dan dua orang pembantu kepada Muhammad sambil memerintahkan mereka mematuhi Nabi dalam segala hal dan tidak boleh membantah serta benar-benar tunduk kepadanya.
Khadijah Wanita Pertama Memeluk Islam
Hingga ke waktu itu keadaan kewangan dan ekonomi Nabi belum stabil. Baginda masih memerlukan pertolongan kewangan dari bapa saudaranya, Abu Talib. Urusan perniagaannya belum mantap untuk memilih pasangan dan mendirikan rumahtangga.
Sejarah menyebutkan bahawa Khadijah terdorong mengahwini Nabi Muhammad adalah berdasarkan alasan-alasan kerohanian. Perkahwinan ini tidak ada kaitan dengan aspek materialnya sama sekali. Bukti yang menyokong hal ini adalah sebagai berikut :
Kemudian Khadijah menceritakan apa yang didengarnya dari Maisarah kepada Waraqah bin Naufal, seorang yang ahli dalam kitab Injil tetapi buta. Waraqah mengatakan, “Orang yang memiliki sifat-sifat itu adalah nabi berbangsa Arab.”
“ Apabila bapa saudaranya mengetahui apa yang sedang tuan lakukan, mereka akan marah kerana mereka takut terhadap orang Yahudi berkenaan dengan anak saudara mereka.”.
Pendeta itu menjawab,. “ Mana mungkin ada orang yang mengganggu Muhammad padahal taqdir telah mengangkatnya untuk risalah terakhir dan untuk membimbing manusia!” Khadijah bertanya, “berdasarkan apa yang tuan katakan, dia akan memegang kedudukan ini?” Jawabnya, “ saya telah membaca tanda-tanda Nabi yang terakhir dalam kitab Taurat. Tanda-tandanya termasuk tiga perkara, iaitu, orang tuanya meninggal dunia, datuk dan bapa saudaranya yang memeliharanya dan dia memilih isteri dari wanita Quraisy.” Kemudian pendeta itu menunjuk kepada Khadijah sambil berkata,
“ berbahagialah orang yang mendapat kehormatan untuk menjadi pasangan hidupnya.”
Telah diakui bahawa lamaran datang dari pihak Khadijah. Ibnu Hisyam mengatakan bahawa Khadijah mengungkapkan minatnya secara peribadi dan berkata, “Saudaraku memandang hubungan yang ada di antara kita dan kebesaran serta kemuliaan tuan di kalangan kaum tuan serta kejujuran,akhlak terpuji dan kelurusan yang ada pada tuan, saya sangat ingin menyambung hubungan kekeluargaan dengan tuan.” Al-amin Quraisy itu menjawab, “Saya perlu memberitahu hal ini kepada bapa saudara saya. Urusan ini harus diselesaikan dengan persetujuan mereka.”
Pesta agung yang terdiri dari orang-orang istimewa Quraisy pun diselenggarakan. Dalam kesempatan pertama, Abu Talib menyampaikan pidato dengan mengucapkan syukur kepada Allah.tentang anak saudaranya, beliau memperkenalkan demikian, “Anak saudara saya, Muhammad bin Abdullah lebih utama daripada siapa pun di kalangan Quraisy. Walaupun dia tidak berharta, kekayaan adalah bayangan yang berlalu manakala asal usul dan salasilah adalah kemuliaan.”
SIRAH RASULULLAH S.A.W. - Bhg. 1

SIRAH RASULULLAH S.A.W. 1
Keturunan Rasulullah

Ister-isteri Rasulullah

Putera-puteri Rasulullah

Tahun, Bulan dan Tarikh Kelahiran
Hampir semua ahli hadis dan sejarawan sepakat bahawa Nabi dilahirkan dalam bulan Rabiul Awal walaupun berbeza pendapat tentang tarikhnya. Ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sepakat bahawa baginda lahir pada hari Isnin, 12 haribulan Rabiul Awal.
Hari ketujuh telah tiba. Seekor kambing di sembelih oleh Abdul Mutalib sebagai tanda syukur kepada Allah. Sejumlah orang di jemput untuk menghadirinya. Di hari perayaan yang besar itu, ia dihadiri oleh kebanyakan kaum Quraisy. Abdul Mutalib menamakannya cucunya “Muhammad” Ketika ditanya mengapa beliau menamakan Muhammad padahal nama itu jarang dipakai orang Arab, beliau menjawab, “Saya berharap dia terpuji di syurga mahupun di bumi.”
Dalam kaitan ini, Hasan bin Thabit berkata, “Sang Khalid mengambil nama RasulNya dari namaNya sendiri iaitu Mahmud (terpuji). Sementara Allah adalah Mahmud (terpuji) manakala Nabinya Muhammad (patut dipuji). Kedua-dua dari kata asal yang sama dan mengandungi makna yang sama pula.”
Pastilah ilham suci memainkan peranan dalam pemilihan nama ini kerana walaupun nama “Muhammad” dikenali di kalangan orang Arab, namun hanya segelintir oranghingga waktu itu yang di beri nama yang sama. Menurut bancian yang pasti dikumpulkan oleh para sejarawan, hanya enam belas orang yang di beri nama ini sebelum Nabi Muhammad s.a.w.
Hampir tidak perlu di katakan; semakin sedikit suatu kata yang di gunakan, semakin kecil pula peluang salah faham tentang kata ini. Kerana kitab-kitab suci telah meramalkan kedatangan Islam berikut nama dan tanda-tanda rohaniah dan jasmaniah khusus dari Nabi. Penting bahawa nama-nama itu mesti dipakai oleh sedikit orang sehingga tidak ada keraguan atas identitinya, khusus apabila sifat dan tanda- tandanya dicantumkan. Dengan ini orang yang kemunculannya telah diramalkan oleh Taurat dan Injil ini dapat di kenali dengan mudah. Al-Quranul Karim menyebut dua nama baginda. Dalam surah Ali Imran ayat (138), Muhammad ayat (2), al-Fath ayat (29) dan al-Ahzab ayat (4), baginda disebut Muhammad, sedang di dalam surah as-Shaf ayat (6), baginda di sebut Ahmad.Perbezaan ini, sebagaimana di catat sejarah, kerana ibunda Nabi sudah menamainya Ahmad sebelum datuknya menamainya Muhammad.
Nabi di susui oleh ibunya hanya selama 3 hari. Selepas itu dua wanita lain mendapat penghormatan menjadi ibu susunya iaitu:
2. Halimah : puteri Abi Zawaib dari suku Sa’ad bin Hawazan. Dia mempunyai tiga orang anak: Abdullah, Anisah dan Syima’. Syima’ juga turut mengasuh Nabi.
Empat bulan selepas kelahiran Nabi, ibu-ibu penyusu dari bani Sa’ad datang mengunjungi Makkah. Tahun itu mereka sedang mengalami kemarau yang teruk sehingga sangat memerlukan pertolongan keluarga-keluarga bangsawan.
Bayi Quraisy yang baru lahir itu tidak mahu menghisap buah dada wanita penyusu mana pun. Kebetulan Halimah datang dan anak itupun menyusu kepadanya. Abdul Mutalib bertanya kepada Halimah, “Engkau dari suku mana?” Jawabnya “ Dari suku bani Sa’ad” . Lalu Abdul Mutalib bertanyakan namanya. Abdul Mutalib sangat gembira mengetahui nama dan sukunya lalu berkata, “ Bagus… bagus.” Dua kebiasaan yang baik dan dua sifat yang mulia. Yang satu kebahagiaan dan kemakmuran, manakala yang lainnya kelembutan dan kesabaran.
Sejarah meriwayatkan bahawa kehidupan Nabi penuh peristiwa ganjil, sejak masa awal kanak-kanak hingga kerasulanya. Semua mengandungi aspek kebesarannya. Keseluruhan menunjukkan bahawa kehidupan Nabi tidaklah biasa.Kini kita tampilkan dua kejadian dari sejarah hidup Nabi yang ganjil dan ajaib. Apabila kisah ini di hayati maka ini adalah untuk menyakinkan kita tentang kebesaran dan kemuliaan Nabi s.a.w.
1). Halimah berkata, “ ketika memikul tanggungjawab membesarkan bayi Aminah, saya memutuskan untuk menyusui bayi itu di situ juga di hadapan ibunya. Saya memasukkan puting payudara kiri yang berisi susu ke mulutnya, tetapi si bayi lebih suka payudara sebelah kanan. Padahal payudara kanan itu tidak ada susunya sejak kelahiran anak saya yang pertama. Kerana desakan si bayi, saya menyusuinya dengan selelah kanan yang kosong itu dan sebaik dia menghisap, payudara yang kering itupun penuh berisi susu. Kejadian itu membuat semua yang hadir kehairanan.”
Berdasarkan ini, tidak seharusnya kita ragu akan kebenaran mukjizat Nabi, apalagi menganggapnya mustahil.
Nabi tinggal selama lima tahun bersama suku Bani Sa’ad dan membesar dengan sihat. Sepanjang tempoh tersebut lebih kurang dua atau tiga kali Halimah membawanya menemui ibunya.
Terdapat ayat lain yang menunjukkan dengan jelas tanda-tanda Nabi Muhammad di dalam kitab-kitab suci, dan orang-orang terdahulu mengetahui hal itu(Lihat Surah al-A’raf: 157).
-Wallahualam.
Friday, 8 February 2013
Tangisan Nabi SAW Mengoncang Arash
untuk tujuan ilmiah; Source DiSini
“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
“Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:
“Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan? ” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
“Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. “
Wallahualam!