Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi…
Pada
suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun
ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam,
Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan
tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi
maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak
dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya,
Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas
itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi
masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang
hampa.
Lalu
yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata
Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil
tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun
jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas
namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah
kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu
diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia
ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau
yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak
akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail
kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.
Lalu
Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang
mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu
bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
- Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
- Tanah Bukit Tursina
- Tanah Iraq
- Tanah Aden
- Tanah Al-Kautsar
- Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
- Tanah Paris
- Tanah Khurasan
- Tanah Babylon
- Tanah India
- Tanah syurga
- Tanah Tha’if
Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9.
Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya
syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1.
Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air
tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur
kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3.
Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah
tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan
dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan
dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4.
Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya”
iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang
sempurna.
5.
Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia
pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar,
mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat
Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun
masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut
riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Hal
ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi
warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada
tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan
dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala :
dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang
mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah
Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan
sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah
memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam
tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini
dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah
itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika
itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan.
Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan
tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang
menyaksikan kejadian dia.
Ketika
itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan
suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya
lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah
ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama
kalinya kehadrat Allah.
Lalu
Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi
rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan
sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat
mengucapkan “Yarkhamukallah”.
Kemudian
ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal
bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan
sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman
Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu,
suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian
perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka
seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke
seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang,
urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian
bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah
kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan
jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat
berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh
malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh
penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga
tempat mula-mula Adam dijadikan.
Renungan
: Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian
alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana
pada Allah-lah kita akan dikembalikan.”
Wallahuallam!
No comments:
Post a Comment